Pembabitan
chef- chef di Malaysia dan diserata dunia secara amnya memainkan peranan
penting dalam sesuatu cabang ekonomi. Ia juga menjadi salah satu peluang
perniagaan, kormesial, franchaise dan rangkaian milik tunggal dalam bentuk
Independent Business Owner (IBO). Di
dalam memperkenalkan budaya tradisi dan keagungan tamadun masyarakat dunia juga
melalui makanan dan cara penghasilannya.
Sebagai contoh peralatan yang digunakan, kemahiran yang ditonjolkan
serta kreativiti penghasilan sesuatu makanan. Secara amnya, makanan yang
bermula daripada pembuka selera (Entrée), sup yang beraneka (Soup), makanan
utama (Main Course) yang berkarbohidrat serta pemanis mulut (Dessert) dan disertai
minuman ringan seperti Coffee and Cookies. Pendekatan
proses melahirkan individu yang berkalibel dan inovatif di dalam bidang
kulinari kursusnya amat diperlukan bagi menjana kelompok pengusaha makanan dan
perkhidmatan. Keselamatan Makanan ( Food Safety Global) dalam menjayakan
program ini amat penting bagi memastikan tahap sesuatu komposisi makanan
terjamin mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan
diseluruh dunia.
